Kebun contoh dalam belajar sistem cara fertigasi di Kampung Sentosa, Seremban, Negeri Sembilan
kebun kota
Saturday, June 21, 2014
Projek Cili fertigasi
Sunday, December 1, 2013
Pokok Misai kucing
Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.
KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING
Merawat penyakit buah pinggan
Batu pundi kencing
Jangkitan saluran kencing
Hati dan masalah pundi kencing
Kencing manis
Sakit sendi
Batu karang
Gout
Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
Nephritis
Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
Merawat lemah jantung + darah tinggi
CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING
Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan ATAU
Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya.
Sumber http://kongsibersamanora.blogspot.com dan http://herba.herbal.my
Pokok Mahkota Dewa
Mengenal dengan lebih dekat Pohon,Buah, Daun dan Benih Mahkota Dewa. (Phaleria Macrocarpa) Berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea atau Irian Jaya dan jika tanahnya subur, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidakdiganggu oleh pencemaran dan aktiviti manusia.
POKOK MAHKOTA DEWA / BUAHNYA MASIH MUDA
Sudah berkurun lama khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa sehingga kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya. Di Malaysia Pokok Mahkota Dewa ini masih baru dikenali dan susah untuk mendapatkannya.
Pokok Mahkota Dewa / Buahnya Hampir Masak
Buah Mahkota Dewa Yang telah cukup Masak dan Boleh di petik
Buah Mahkota Dewa adalah tidak seragam kerana ianya bergantung kepada penyelenggaraan pokok dan kelebatan buahnya. Buahnya berbentuk bulat dan tidak seragam antara satu sama lain. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur. Ketika masih muda, kulit buahnya berwarna hijau muda dan selepas 6 minggu, kulitnya mula berubah kepada warna merah muda. Kulit buahnya mula berubah warna dari warna merah muda kepada merah meron pada usianya 10-12 minggu selepas berputik.
Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.
Isi buah berwarna putih, berserat dan berair.
Isi dan biji Mahkota Dewa
Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.
Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat,
Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. Untuk menggunakan biji, ainya perlu direbus dahulu.
Buah Mahkota Dewa yang telah di hiris
Buah Mahkota Dewa yang telah dijemor kering
Daun Pokok Mahkota Dewa
Daun Mahkota Dewa berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
Bunga Pokok Mahkota Dewa
Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
Anak Benih Mahkota Dewa, Memerlukan penjagaan Rapi
Anak benih Mahkota Dewa disemai melalui biji, Anak benih ini amat sukar didapati,
Anak Pokok Buah Mahkota Dewa Yang Mulai Besar Dan Sedia Untuk Di Jual
Untuk mendapatkan anak benih mahkota dewa agar sukar sedikit
Sumber : http://buahmahkotadewa2u.blogspot.com