Sunday, December 1, 2013

Pokok Misai kucing

Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING
Merawat penyakit buah pinggan
Batu pundi kencing
Jangkitan saluran kencing
Hati dan masalah pundi kencing
Kencing manis
Sakit sendi
Batu karang
Gout
Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
Nephritis
Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING
Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya.

Sumber  http://kongsibersamanora.blogspot.com dan http://herba.herbal.my

No comments:

Post a Comment