Sunday, December 1, 2013

Pokok Mas Cotek

Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.

Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit‘. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang menyebutnya sebagai ‘agoluran‘. Di Indonesia, tanaman ini disebut ‘Tabat Barito‘ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang‘. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea

Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek Betina .

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.

Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.

Seperti konsep ‘Doctrice of signature‘, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.

Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.

Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

Memperbaiki kerosakan urat saraf
Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Merawat penyakit pneumonia
Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
Membantu masalah keputihan
Melancarkan peredaran haid

Artikel iluvislam.com


1 comment:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nur Suhadah, pelajar daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya sedang menjalankan soal selidik bagi Projek Tahun Akhir yang bertajuk:

    Kesedaran dan Persepsi Petani Terhadap Teknologi Moden untuk Menentukan Jantina Tanaman Diesius 🌳

    Sekiranya anda seorang petani tanaman diesius (tanaman yang ada pokok jantan dan betina) seperti pisang kaki, betik, kurma, asam gelugur, mas cotek dan lain-lain, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan ini dengan menjawab borang soal selidik melalui pautan di bawah.

    📌 Borang soal selidik
    https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSct-glqMcnELJ0l91E6dvQp8IZuotAKvb3BzkC-DsQTQy3Y-A/viewform?usp=sf_link

    Sekiranya terdapat sebarang masalah atau persoalan mengenai borang soal selidik, anda boleh menghubungi:

    013-7622794 (Suhadah)

    Terima kasih di atas kesudian anda menjawab soal selidik ini 😊

    ReplyDelete