Pengambilan herba Tongkat Ali ini sebenarnya hanyalah apabila perlu sahaja. Dalam erti kata lain, pengambilannya hanya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak, bukannya dijadikan sebagai amalan harian.
Cara-cara Penggunaan Herba Tongkat Ali
1. Ambil akar tongkat ali.
2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali halus-halus.
4. Seterusnya, ambil sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
5. Masukkannya ke dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
7. Proses penapisan ini bertujuan untuk mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya kerana serbuk tersebut tidak sesuai untuk diminum. Ini adalah kerana serbuk tersebut sifatnya tidak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap di dalam buah pinggang.
8. Setelah menapis air tersebut, barulah boleh meminumnya secara perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment